Heyl0oww!! Ermmm guest.. aku nak kongsi satu citer ney... baca ya!! ^_^
Alunan muzik yang aku mainkan indah sekali. Gerakan tanganku sungguh pantas. Mana tidaknya, sejak dari kecil lagi aku dilatih bermain piano . Begitulah rutin harianku, hampir setiap malam aku dijemput untuk membuat persembahan.
Ramai yang menyangka aku bahagia kerana dilahirkan dalam sebuah keluarga mewah. Tetapi hakikatnya tidak. Aku dibesarkan tanpa kasih sayang seorang ibu. Mama meninggal dunia sewaktu aku berumur lima tahun. Mamalah yang mengajarku bermain piano sehingga dia menghembus nafas terakhirnya.
' Jeffry, mama pergi jauh, mama takkan balik lagi ...Jeffry jangan nangis ya,sayang'.....
Waktu itu aku tidak tahu erti pergi selama-lamanya . . aku hanya mengangguk-angguk . . .
' Mama pergi mana ? Bagaimana kalau Jeffry rindu dengan mama?.... ' Mama membelai rambutku lalu tersenyum....
' Kalau Jeffry rindu mama,Jeffry main piano mama, Jeffry jaga piano mama dengan baik-baik..Mama pergi lama mama akan jenguk Jeffry kalau Jeffry main piano mama. . .
Aku mengangguk, kulihat papa seolah-olah menangis..' Mama , mengapa papa menangis ?'
aku memeluk mama dengan erat. . . Aku mendengar mama berbisik , seolah-olah amat perit untuknya melafazkan kata-katanya itu....,
'Apabila Jeffry besar nanti , Jeffry mesti jadi pemain piano yang terkenal bisik mama'....
Aku mengangguk dan dan berjanji. Mama mencium pipiku yang gebu buat kali terakhir, lalu menghembus nafasnya yang terakhir dalam dagapanku...
' Mama ....................bangun mama........'
Papa menarik tanganku lalu memelukku. .
'Biarkan mama tidur sayang ,' bisik papa . .
Aku yang ketika itu tidak tahu erti hidup atau mati hanya menurut sahaja .
''Tahniah Jeffry ! sungguh menakjubkan persembahan kamu sebentar tadi ,'' Ucapan tahniah itu mengejutkan aku....
Aku tersedar daripada khayalan dan hanya maampu tersenyum. Kenangan bersama mama memang payah untuk dilupakan . .
wO0okeyhh guest!! bubye.. Don't sad ya be enjoy ya... enjoy lah citer ine... don't worry be happy...

No comments:
Post a Comment